Silat Lintau, Kami Tidak Pernah Klaim



Pasir Puteh - Presiden dan Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Lintau Pasir Puteh, Kelantan (PSSLPP) Dr Kamal Shah, hari ini menyatakan bahawa beliau dan seluruh ahli PSSLPP tidak pernah membuat klaim bahawa Silat Tua Lintau yang berasal dari Kabupaten Tanah Datar sebagai sebahagian daripada Silat Malaysia.
Kenyataan ini dibuat memandangkan ada pihak yang sewenang2nya memberi pandangan dan amaran supaya tidak mengklaim Silat Tua Lintau sebagai berasal dari Malaysia. Justeru itu, beliau menyeru semua pihak terutama rakan-rakan dari Ranah Minangkabau yang mengenali beliau supaya menenangkan teman2 serta kenalan mereka yang belum mengenali pribadi serta misi beliau untuk melestarikan Silat Tua Lintau di Malaysia.

Silat Lintau mula dikembangkan di Malaysia dan didaftarkan sebagai sebuah persatuan pada tahun 1963. Ianya mula diajar kepada orang ramai oleh Haji Abdul Mulok bin Ideham yang berasal dari Minangkabau.

Dr. Kamal menyatakan rasa kesalnya terhadap mereka yang sering melemparkan kata2 yang berbentuk ugutan serta menggambarkan kebencian kepada dirinya dan PSSLPP. "Kami bukan orang Minang, tapi kami cinta kepada Minang, adatnya, silatnya dan budayanya" kata beliau lagi.

Silat Lintau menjadi pilihan Dr. Kamal yang mempunyai silsilah dari Jawa. Beliau merupakan keturunan kesebelas dari Bintoro Raden Adipati Danu Radjo, seorang pembesar Jawa pada tahun 1820an.

Ujar beliau lagi "walaupun saya warganegara Malaysia tetapi darah yang mengalir ini tetap darah Indonesia, maka apa salahnya saya melestarikan seni budaya yang berasal dari Indonesia"

Beliau juga mengingatkan pihak tertentu di Malaysia agar tidak membuat dakwaan palsu tentang Silat Lintau dan sejarahnya. Ini kerana memang ada yang membuat dakwaan yang tidak berasas dan palsu tentang asal-usul Silat Tua Lintau. Mereka yang membuat klaim sedemikian bukan ahli PSSLP.

"Kami tahu asal usul Silek Tuo Lintau yang sebenarnya dan kami menyangkal segala dakwaan yang dibuat oleh golongan tertentu dalam hal ini" kata beliau lagi.

Siaran berita ini diharapkan akan dapat menyelesaikan segala permasalahan tentang Silat Lintau terutama yang dipimpin oleh Dr. Kamal.

Untuk mengenali Dr. Kamal boleh saja melayari laman Facebook di http://www.facebook.com/group.php?gid=90147930285.

Diharap dengan penjelasan ini, tidak ada lagi pihak yang bersengkata dengan Dr. Kamal dimasa akan datang.

Ayo Lestarikan Silek Tuo Lintau

Dr. Kamal Shah
Pasir Puteh
Kelantan
Skype ID: drkamalshah

sumber: message by fb Kamal Shah
fb group



 

Forum Sahabat Silat